CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 23 August 2012

tak okay!

aku tak okay dan tersangat sangat tak okay. sepi, sedih, suram  semua menerpa diri. kerana apa?? sebab ko la.. aku pun rasa dah nak mati dok asyik terpikirkan ko. tahu tak bertapanya aku rindu kat ko?? ha?
cukup masa aku pun boleh mati kalau terus macam nie, dari berat  aku 45 kg, dah turun sampai 43 kg sebab ko. aku makan hati. airmata terlalu banyak keluar sampai aku hilang berat badan

Thursday 16 August 2012

ramadhan 2012

ramadhan ku bakal berakhir pada esok hari. sayu hati ku tak bersuara. sebak mula datang. sedih nak tinggalkan bulan ramadhan. bulan di mana aku menangis padaMu. mengadu semua kesesakan dalam hati nie. bulan penuh rahmat. penuh dengan kasih sayang mu. sayang nya.. aku tak dapat berpuasa pada hari hari ramadhan yang terakhir.

mesti aku akan merindui rumah Mu nanti. bulan ramadhan saja aku berkesempatan untuk ber jemaah di rumah mu. terawih, witir, wirid.. pasti akan aku rindukan. lagi lagi bila pak imam membaca wirid nya, indah sungguh pujian pujian terhadap mu. buat hati aku lebih sayu dan ingin mencintai diriMu.

panjang kan lah hayat aku untuk seterusnya ya Allah. supaya aku dapat menemui lagi ramadhan mu. namun, jika ramadhan ku ini bakal menjadi yang terakhir, terima lah ibadah ku. perkenan kan lah segala doa doa dan pintaku. terima kasih kerana membenarkan aku untuk berjumpa pada ramadhan kali ini.
SALAM RAMADHAN.
semoga berjumpa lagi di tahun yang akan datang.
terima kasih Ya Allah.
alhamdulillah. =D

Saturday 11 August 2012

aku seorang perindu

aku merindui seseorang yang tidak merindui aku. aku menyayangi seseorang yang tidak lagi menyayangi aku. aku bersedih untuk orang yang tidak lagi memikirkan diri aku. ini amat menyeksakan buat aku. rindu ku tidak berbalas, sayangku tidak terbalas. dan aku hanya seorang perindu yang penuh harapan yang tak mungkin akan terlunas. 

mohon ku pada mu ya Allah, telah ditakdirkan oleh mu bahawa aku tidak berjodoh dengan dia. maka pelihara lah aku dari kekecewaan yang berpanjangan. sampaikan lah rindu aku kepada orang yang selayaknya. aku hamba mu yang lemah dan sering merintih. aku makhluk mu yang tidak mempunyai kuasa atas segalanya, maka dengan itu, hanya kepadamu aku memohon dan meminta.

dia sudah menyatakan rindunya pada insan lain, dia sudah menyatakan sayangnya pada orang lain. tapi aku bagaikan pungguk yang merindukan bulan nya. aku masih berdiri di tempat yang sama. masih bodoh menunggu pada yang dah pergi. airmata rindu masih mengalir walaupun dah setahun berlalu. ini sangat menyakitkan di hati aku.

namun, dalam kekecewaan aku, aku masih berharap yang kau juga bakal merindui aku. dalam kesedihan aku, aku masih mengharap kau bakal memikirkan aku walaupun sesaat. tidak rasakah rindu aku pada kau? sayang, tidak terungkap rasa rindu di hati ni. jujur ku katakan, aku masih mahukan kamu. aku masih mengharapkan kamu.

seandainya akhirnya pengharapan ku bakal mensiakan aku. tutupkan lah rasa cinta aku pada manusia ya Allah. bukalah rasa itu semula jika seandainya kau telah mentakdirkan aku dengan seseorang yang kau pilih untuk aku kelak.

Tuesday 31 July 2012

he was my first love















































































he was my first love. aku masih sayang dan rindu kat dia. walaupun dah setahun peristiwa itu berlalu. tapi sayang tu masih kuat kat hati nie. semakin hari, semakin rindu. sayang, ayang sangat rindukan b yang dulu. terlalu rindu. kenapa pergi.. ini tak adil untuk ayang. kita sama2 buat, patutnya sama2 kena hukum. tapi kenapa hanya b.. 

ko tak patut tinggal kan aku macam nie.. 4 tahun tu bukan sekejap sayang. itu jangka masa yang lama. ayang tak biasa dengan kehidupan sekarang. ayang betul2 dah tak kuat nak pretend dekat semua orang yang ayang nie bahagia. ayang letih.

b dah janji nak kahwin dengan ayang kan. kenapa b mungkir? malam tu b yang suruh ayang janji jangan tinggalkan b. tapi kenapa b yang pergi? b tipu ayang. b tak rindu kat ayang ke b?  senang ko dapatkan aku, senang jugak ko pergi dari hidup aku. aku yang tanggung.

its hurt. semakin hari, semakin melukakan. seribu lelaki, 1 pun tak ada yang sama macam b. ayang rindu nak dengar b berdengkur, b kentut. semuanyaa.. ayang nak ikut b..

Wednesday 4 July 2012

rindu mohd nasir

rindu mohd nasir, rindu mohd nasir, rindu mohd nasir, rindu mohd nasir, rindu mohd nasir, rindu mohd nasir, rindu mohd nasir, rindu mohd nasir, rindu mohd nasir, rindu mohd nasir, rindu mohd nasir, rindu mohd nasir, rindu mohd nasir, rindu mohd nasir, rindu mohd nasir, rindu mohd nasir, rindu mohd nasir, rindu mohd nasir, rindu mohd nasir, rindu mohd nasir, rindu mohd nasir, rindu mohd nasir, rindu mohd nasir, rindu mohd nasir, rindu mohd nasir, rindu mohd nasir, rindu mohd nasir, rindu mohd nasir, rindu mohd nasir, rindu mohd nasir, rindu mohd nasir, rindu mohd nasir, rindu mohd nasir, rindu mohd nasir, rindu mohd nasir, rindu mohd nasir,

SAYANG, AKU RINDU NAK DENGAR KO KATA, KO JUGAK MISS ME TOO.
SANGAT AKU RINDU SAYANG. TELEPHONE AYANG??
Hampir setahun sayang peristiwa tu berlalu. AKU MASIH CINTA KO.. ETERNALLY  .

Sunday 27 May 2012

Tuesday 24 April 2012