CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 11 August 2012

aku seorang perindu

aku merindui seseorang yang tidak merindui aku. aku menyayangi seseorang yang tidak lagi menyayangi aku. aku bersedih untuk orang yang tidak lagi memikirkan diri aku. ini amat menyeksakan buat aku. rindu ku tidak berbalas, sayangku tidak terbalas. dan aku hanya seorang perindu yang penuh harapan yang tak mungkin akan terlunas. 

mohon ku pada mu ya Allah, telah ditakdirkan oleh mu bahawa aku tidak berjodoh dengan dia. maka pelihara lah aku dari kekecewaan yang berpanjangan. sampaikan lah rindu aku kepada orang yang selayaknya. aku hamba mu yang lemah dan sering merintih. aku makhluk mu yang tidak mempunyai kuasa atas segalanya, maka dengan itu, hanya kepadamu aku memohon dan meminta.

dia sudah menyatakan rindunya pada insan lain, dia sudah menyatakan sayangnya pada orang lain. tapi aku bagaikan pungguk yang merindukan bulan nya. aku masih berdiri di tempat yang sama. masih bodoh menunggu pada yang dah pergi. airmata rindu masih mengalir walaupun dah setahun berlalu. ini sangat menyakitkan di hati aku.

namun, dalam kekecewaan aku, aku masih berharap yang kau juga bakal merindui aku. dalam kesedihan aku, aku masih mengharap kau bakal memikirkan aku walaupun sesaat. tidak rasakah rindu aku pada kau? sayang, tidak terungkap rasa rindu di hati ni. jujur ku katakan, aku masih mahukan kamu. aku masih mengharapkan kamu.

seandainya akhirnya pengharapan ku bakal mensiakan aku. tutupkan lah rasa cinta aku pada manusia ya Allah. bukalah rasa itu semula jika seandainya kau telah mentakdirkan aku dengan seseorang yang kau pilih untuk aku kelak.

0 ulasan:

Post a Comment