CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 16 August 2012

ramadhan 2012

ramadhan ku bakal berakhir pada esok hari. sayu hati ku tak bersuara. sebak mula datang. sedih nak tinggalkan bulan ramadhan. bulan di mana aku menangis padaMu. mengadu semua kesesakan dalam hati nie. bulan penuh rahmat. penuh dengan kasih sayang mu. sayang nya.. aku tak dapat berpuasa pada hari hari ramadhan yang terakhir.

mesti aku akan merindui rumah Mu nanti. bulan ramadhan saja aku berkesempatan untuk ber jemaah di rumah mu. terawih, witir, wirid.. pasti akan aku rindukan. lagi lagi bila pak imam membaca wirid nya, indah sungguh pujian pujian terhadap mu. buat hati aku lebih sayu dan ingin mencintai diriMu.

panjang kan lah hayat aku untuk seterusnya ya Allah. supaya aku dapat menemui lagi ramadhan mu. namun, jika ramadhan ku ini bakal menjadi yang terakhir, terima lah ibadah ku. perkenan kan lah segala doa doa dan pintaku. terima kasih kerana membenarkan aku untuk berjumpa pada ramadhan kali ini.
SALAM RAMADHAN.
semoga berjumpa lagi di tahun yang akan datang.
terima kasih Ya Allah.
alhamdulillah. =D

0 ulasan:

Post a Comment